Company Backgrounds

     ES DIGITAL telah ditubuhkan pada 11hb Jun 2009, ianya sebuah syarikat milik bumiputera sepenuhnya.

   Pada dasarnya syarikat berkecimpung dalam bidang fotografi. Syarikat juga menjalankan perkhidmatan pencetakan , pencetakan gambar , Graphic Design , Sewaan Kelengkapan Perkahwinan dan Perunding perkahwinan. Selain itu syarikat juga sedia menerima tempahan gambar ukuran pasport berkumpulan , Kad Kahwin , Kad Hari Raya , Baner , Bunting , Kelender , Kad Kerja/Pelajar dan lain – lain.  Ini kerana syarikat mempunyai hubungan yang baik dengan pembekal – pembekal yang membolehkan pihak syarikat membekalkan barangan tersebut. Secara umumnya pihak syarikat mempunyai pelanggan dari sektor kerajaan dan swasta.

       Sebelum ES DIGITAL ditubuhkan secara rasmi, pemiliknya telah memulakan perniagaan ini  csecara sambilan selama 3 tahun kerana ingin menimba pengalaman dalam bidang ini.

       Dengan pengalaman dan pengetahuan serta permintaan yang tinggi dalam bidang ini pemilik telah mengambil langkah untuk membuka sendiri perniagaan dalam bidang fotografi. Pengurus Syarikat adalah seorang bekas pelatih Pusat Giat MARA Cameron Highlands dan syarikat mempunyai seorang jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar setiap majlis yang ditempah pelanggan.

      Syarikat juga diberi kepercayaan oleh Pusat Giat MARA Cameron Highlands bagi melatih dua orang pelatih dalam program Prantisan selama enam bulan dan syarikat merancang untuk terus mengambil pelatih dalam Program Perantisan ini.

No comments:

Post a Comment